1. Sila baca buku panduan sebelum menggunakan perkakas ini.
2. Sentiasa matikan perkakas, tutup bekalan kuasa dan cabut plag :-
i) sebelum menukar, memasang atau mengalihkan Pemukul Telur/ Penyangkuk Doh;
ii) sebelum mengendali bahagian yang bergerak semasa digunakan;
iii) sebelum pembersihan;
iv) apabila perkakas ini tidak digunakan.
3. Sentiasa pastikan butang kawalan ditetapkan pada posisi “0” sebelum memasangkan plag kepada bekalan kuasa.
Untuk memutuskan sambungan kepada bekalan kuasa, pastikan butang kawalan kuasa di posisi “0” sebelum
mengeluarkan plag dari bekalan kuasa.
4. Produk ini hanya sesuai untuk kegunaan rumah sahaja. Kegunaan untuk perniagaan atau luar rumah tidak
diberi jaminan waranti.
5. Jangan gunakan perkakas untuk tujuan selain daripada yang dinyatakan. Jangan gunakan aksesori lain yang
tidak disahkan oleh Khind-Mistral (M) Sdn Bhd.
6. Jangan membebankan motor dengan memukul campuran yang tidak termampu dilakukan oleh Pemukul Telur
atau Penyangkuk Doh.
7. Perkakas ini bukan untuk digunakan oleh orang (termasuk kanak-kanak) yang kurang upaya fizikal, deria atau
kecacatan mental, atau kurang pengalaman dan pengetahuan, melainkan mereka diberi perhatian atau tunjuk
ajar berkaitan penggunaan perkakas orang yang bertanggungjawab untuk keselamatan mereka.
Kanak-kanak haruslah diperhatikan untuk memastikan mereka tidak bermain dengan perkakas ini.
8. Jangan meninggalkan pengadun tanpa pengawasan semasa beroperasi.
9. Jangan biarkan talikod terjuntai di tepi meja dan kaunter atau letakkan di permukaan yang panas.
10. Jika talikod telah rosak, ia mesti diganti oleh pengilang, wakil servis atau orang yang berkelayakan untuk
mengelakkan sebarang bahaya.
11. Jangan operasikan perkakas berdekatan dengan ketuhar pemanggang atau perkakas lain yang mempunyai
capaian bersuhu tinggi.
12. Jangan keluarkan pemukul atau penyangkuk doh ketika pengadun sedang beroperasi.
13. Jauhkan tangan, baju, spatula dan lain-lain perkakas dari pemukul atau penyangkuk doh semasa operasi
untuk mengurangkan risiko kecederaan dan juga risiko merosakkan pengadun.
AMARAN : Servis untuk perkakas ini hanya boleh dilakukan oleh wakil perkhidmatan yang bertauliah.
1. Cabut plag perkakas dan tunggu sehingga ia sejuk sepenuhnya sebelum dibersihkan.
BERHATI-HATI : Jangan rendamkan badan perkakas atau talikod kuasa ke dalam air dan sebarang cecair
untuk mengelakkan risiko kejutan elektrik.
2. Masukkan pemukul atau penyangkuk doh ke dalam air sabun, tukarkan pemilih kelajuan ke kelajuan 1 dan
benarkan ia beroperasi untuk 10 hingga 20 saat (naikkan kelajuan sekiranya perlu menanggalkan sisa doh
dan campuran lain).
3. Keluarkan Pemukul Telur atau Penyangkuk Doh daripada pengadun. Basuhkan Pemukul Telur dan
Penyangkuk Doh dalam air suam bersabun dan keringkan dengan kain lembut. Pemukul Telur dan
Penyangkuk Doh juga boleh dibersihkan di dalam mesin basuh pinggan mangkuk.
4. Lap permukaan pengadun dengan kain lembap. Kemudian, lap dengan kain kering yang lembut. Bersihkan
sisa adunan dari talikod.
5. Jangan gunakan sebarang jenis bahan pencuci kimia, pad penanggal, berus dawai atau berus besi untuk
mencuci.
6. Bersihkan perkakas setelah selesai setiap sesi , biar ia kering sebelum simpankan di tempat yang kering.
Pembersihan & Penyelenggaraan
Perhatian
1. Resipi (dengan Pemukul Telur) : Kek Span
Bahan-bahan:
Telur 4 biji, Air 30ml, Garam 3g, Gula Putih 125g, Tepung 150g.
Cara-cara:
Masukkan telur, air, garam dan gula putih. Kemudian adun dengan menggunakan Pemukul Telur selama
3 minit pada kelajuan maksima.
Kemudian, tambahkan tepung dan terus mengadun pada kelajuan minima selama 20 saat
Bakar kek selama 30minit pada suhu 180˚C dan letakkan adunan kek pada rak tengah ketuhar oven.
2. Resipi (dengan Penyangkuk Doh): Pau Kukus
Bahan-bahan:
924g tepung bergluten tinggi, 665g Air
Cara:
Tambah tepung bergluten tinggi dan air. Adun dengan menggunakan penyangkuk doh selama 30 saat pada
kelajuan minima. Kemudian, adun pada kelajuan maksima selama 3 minit dan 30 saat.
Bentukkan Doh kepada bentuk pau dan kukus selama 20 minit.
Resipi
Hand Mixer
/
手动搅拌机
/ Pengadun Tangan
40-50797-00
HM300
1. Sebelum menggunakan pengadun
Keluarkan dan tanggalkan bahagian yang boleh ditanggalkan. Bersihkan Pemukul Telur dan Penyangkuk
Doh. Sebelum memasangkan pengadun, pastikan talikod kuasa tidak dipasang pada bekalan kuasa dan
pemilih kelajuan berada pada posisi “0” dahulu.
2. Cara pemasangan Pemukul Telur dan Penyangkuk Doh yang betul
Nota : Pemukul Telur boleh dipasangkan kepada mana-mana soket kerana kedua-dua pemukul adalah sama.
Untuk Penyangkuk Doh, hanya Penyangkuk Doh dengan kolar sesendal boleh dimasukkan kepada soket besar
manakala Penyangkuk Doh tanpa kolar sesendal hanya boleh dimasukkan kepada soket kecil. Kedua-dua
Penyangkuk Doh tidak boleh dipasang secara rawak.
3. Pastikan butang kawalan pengadun di posisi “0”. Kemudian, hidupkan bekalan kuasa.
4. Tetapkan pemilih kelajuan mengikut kelajuan yang diingini. Terdapat 6 kelajuan untuk pengadun ini. Ketika
mengadun doh ragi, adalah disarankan untuk memulakan adunan pada kelajuan rendah dan tambahkan
kelajuan untuk hasil adunan yang terbaik. Pengadun akan beroperasi pada kelajuan tertinggi semasa butang
“Turbo” ditekan.
AMARAN: Jangan memasukkan pisau, sudu besi, garpu dan sebagainya ke dalam mangkuk semasa operasi
mengadun.
5. Masa maksima untuk setiap operasi mengadun adalah 5 minit. Rehatkan pengadun selama 20minit selepas 5
minit operasi berterusan.
NOTA: Pusingkan mangkuk semasa mengadun untuk hasil pengadunan yang terbaik.
6. Tetapkan Pemilih Kelajuan pada posisi “0” setelah siap mengadun. Tutupkan bekalan kuasa dan keluarkan
plag daripada soket.
7. Jika perlu, kikiskan sisa adunan dari Pemukul Telur atau Penyangkuk Doh dengan menggunakan spatula
getah atau kayu.
8. Pegang Pemukul Telur atau Penyangkuk Doh dengan sebelah tangan dan tekan butang lepas dengan sebelah
tangan yang lain untuk menanggalkan Pemukul Telur atau Penyangkuk Doh.
NOTA :
i) Tanggalkan Pemukul Telur atau Penyangkuk Doh setelah menetapkan pemilih kelajuan pada posisi “0”.
ii) Pengadun boleh diletakkan pada posisi menegak semasa pengadunan dengan memastikan pemilih kelajuan
pada posisi ‘0’.
1. Ramuan yang telah disejukkan. Contoh : Mentega dan telur harus berada pada suhu bilik sebelum
pengadunan. Sediakan ramuan terlebih dahulu sebelum mengadun.
2. Untuk mengurangkan kebarangkalian teradun cengkerang telur dan telur yang kurang segar, pecahkan telur
ke dalam bekas yang berasingan terlebih dahulu, kemudian, tambahkan ke dalam adunan.
3. Jangan terlebih adun. Pastikan adunan diadun mengikut panduan dalam resipi. Sekiranya anda perlu
menambah bahan-bahan kering semasa proses pengadunan, sila ubah kepada kelajuan rendah.
4. Perubahan iklim, suhu bilik, suhu ramuan dan variasi dalam tekstur tempat akan mempengaruhi masa dan
hasil adunan.
5. Sentiasa mulakan adunan pada kelajuan rendah. Tinggikan kelajuan secara beransur sehingga mencapai
kelajuan yang dicadangkan dalam resipi untuk mengelakkan tumpahan.
Cara Penggunaan
Tip-tip Mengadun
Pasangkan Penyangkuk Doh
tanpa kolar sesendal disoket
Pasangkan Penyangkuk Doh dengan
kolar sesendal di soket ini.
Praat mee over dit product
Laat hier weten wat jij vindt van de Khind HM300 Handmixer. Als je een vraag hebt, lees dan eerst zorgvuldig de handleiding door. Een handleiding aanvragen kan via ons contactformulier.